Isnin, 9 Mac 2015

Artikel-artikel berkaitan dengan keusahawanan


Dalam tugasan yang diberi oleh pensyarah, beliau juga memerlukan kami memuat naik artikel- artikel yang berkaitan tentang teori dan ciri- ciri keusahawanan dan pembangunan perniagaan. Oleh itu, saya dapat mencari empat artikel yang berkaitan dengan keusahawanan.

Artikel Pertama



          Merujukan kepada gambar di atas, ia sebagai lampiran kepada artikel dibaca oleh saya. Artikel yang sebenar boleh dilayari di web site ini tersebut, http://bforbiz.com/6-ciri-usahawan-berjaya/. Artikel ini ditulis oleh Wazeen Azizan pada April 30, 2014. Artikel ini menjelaskan berkaitan tentang ciri-ciri usahawan yang berjaya. Wazeen Azizan menyatakan beberapa ciri-ciri yang ada kepada seorang usahawan, seperti usahawan merupakan seorang yang tidak lupa daratan, mempunyai sifat kejahilan, kemahiran yang pelbagai, ketua yang prihatin dan sebagainya.


Artikel Kedua

         Artikel di atas ditulis oleh Nor Hartini Binti Saari. Tajuk artikel ini ialah keusahawanan sebagai pilihan kejayaan. Artikel yang sebenar boleh dilayari di web site ini tersebut, http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/8497-keusahawanan-sebagai-pilihan-kerjaya. Dalam artikel ini tersebut, beliau menyatakan kebanyakan orang berpendapat bahawa keusahawanan adalah sesuatu yang sukar, berisiko dan merupakan satu kerjaya yang tidak terjamin terutama kepada golongan bumiputera. Namun, apabila kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970, secara tidak langsung ia telah memberi kesedaran dan peluang kepada golongan Bumiputera khususnya untuk menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan. Ia menyebabkan kepada perubahan dan kemajuan dalam pembangunan ekonomi negara, pada masa yang sama juga melahirkan banyak peluang perniagaan. 


Artikel Ketiga


      

          Artikel ini ditulis oleh Uncle Nick pada April 29, 2011. Artikel yang sebenar boleh dirujuk kepada web site http://justnickusahawan.blogspot.com/2011/04/konsep-keusahawanan_9115.html. Dalam artikel ini ialah tentang konsep keusahawanan, ia menyatakan keusahawanan dan pembentukan urusniaga baru penting bagi mencipta dan mengekalkan ekonomi yang sihat kerana ia mencipta peluang-peluang pekerjaan baru, menambah keupayaaan eksport negara dan pertumbuhan ekonomi. Seseorang usahawan berfungsi sebagai pembangun ekonomi diri, keluarga, masyarakat dan dunia. Selain itu, artikel ini juga menyatakan bidang keusahawanan di kalangan masyarakat Melayu. Kerajaan telah melaksanaan beberapa dasar untuk membangun negara. Salah satu ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970. DEB diperkenalkan untuk mengatasi ketidakseimbangan kedudukan ekonomi antara kaum ini yang boleh menggugat keharmonian negara. 


Artikel Keempat


          Artikel yang terakhir ialah bertajuk 7 tips menjadi usahawan muslim cemerlang. Artikel yang sebenar boleh dilayari dalam web site https://forumusahawanmuda.wordpress.com/artikel-2/hubungi-kami-3/. Dalam artikel ini ialah membincangan tentang senario ekonomi negara kita Malaysia yang kebanyakannya di monopoli oleh peniagaan  bukan Islam sedangkan jumlah penduduknya secara majoritinya adalah muslim. Jadi, dalam artikel ini telah mengemukakan beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada seluruh usahawan dan peniaga Islam yang ingin maju dan mengorak langkah dengan jayanya dalam perniagaan dan perusahaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan